6 Jenis Sahabat Yang Perlu Dijauhi!!
Hallo suma..!!
Hari ni Eyna tak poz apa-apa lagi ka??
Never mind lahh-.-
Kali ni Eyna nak kongsi jenis-jenis kawan yg tak buleh diharap!!
"Life is like a box of chocolates. You'll never know what you gonna get."
Haaa... Mcam tu jga lahh ngan kawan. They all akan datang dgan pelbagai rupa and karakter serta unik antara satu sama laen.. Kan kan??
Memang la smua orang tak sempurna,.. bgitu juga la dengan kawan-kawan you all.. And tak lupaa juga dengan Eyna seniri kan??
So, you all kena la tahu bgaimana nak hadapi golongan kawan yang menyakitkan hati nihh..
Amboih2,.. cek Eyna nihh.. Pnjang sungguh mukadimah dia ka??
Maaf la yew,.. Excited sangat..
By de way....
Semoga apa yg Eyna tulis ni dpat membantu you all hadapi mereka-mereka ini okeyhh??
Teruskan membaca kalau mahu,.. Eyna tak paksa tau!!
Enjoy its!! Read more,.. Learn more!!
Si Pengatur Hidup
Isu: Kawan seperti nie memang tak boleh lihat you all senang.. Apa yang you all makan, pakai dan ke mana you all pergi, semua dia mahu tahu. Kalau boleh, dia mahu you all ikut apa kemahuannya dan tak boleh lebih daripadanya..!
Penyelesaian: Kawan begini, egonya tinggi. Jadi tak ada gunanya you all berbalah dengannya, pasti dia mahu menang saja. Lebih baik tenang dan menolak dengan baik apa yang dimahukannya. Katakan you all ada prinsip sendiri dan tahu apa yang you all mahukan.
Profesor Serba Tahu
Isu: Ceritalah tentang apa saja, tentu dia juga tahu. Malahan mungkin lebih tahu daripada you all. Kalah bukanlah dirinya. Jenis ini juga selalunya sangat angkuh. Dia akan sentiasa cuba membuatkan you all nampak bodoh dengan berlagak bijak dan berpengalaman.
Penyelesaian: Sentiasa bersikap "dengar boleh, percaya jangan." Biarkan saja si luncai terjun dengan labunya. <---- cewahhh.. sempat lg berperibahasa* Bukannya you all tak tahu kata-katanya tak boleh pakai. Buat-buat setuju kemudian alihkan topik supaya nampak you all tak berminat dengan ceritanya. Lama-lama dia sendiri pasti sedar..
Si Pengeluh
Isu: Pekerjaannya hanya mengeluh sepanjang masa. Pasal kawan, cuaca, makanan, bau, malahan sambungan internet dan line telefon. Mula-mula tu mungkin rasa simpati juga, tapi bila dah berulang-ulang, sakit juga hati. Lama-lama you all sendiri yang penat nak melayan keluhannya yang tak henti-henti tu.
Penyelesaian: Jenis begini memang dahagakan perhatian. Makin dilayan makin menjadi. Jadi kalau boleh, jangan mulakan perbualan dengannya dan jangan mudah simpati dengannya. Jika perlu, you all perlu bersikap tegas dan katakan keluhannya tu berlebihan.
Si Busuk Hati
Isu: Di matanya, dia hanya mahu melihat you all jatuh tersungkur dan dibenci semua orang. Sebab itulah dia sering menyebar fitnah ke atas you all, bercakap kasar, menjadi batu api antara you all dan kengkawan lain dan menyebarkan foto-foto yang memalukan you all di laman sosial!
Penyelesaian: Orang macam ni memang kuat cemburu dan tidak boleh orang lain lebih daripadanya! Sebab itulah dia sanggup melakukan apa-apa saja bagi menjatuhkan orang lain meskipun sahabatnya sendiri dan meletakkan dirinya dia atas. Jangan balas dendam pada orang macam ni. Ataupun you all sama saja dengan golongan nie! You all harus bersikap cool dan tunjukkan bahawa you all tidak terjejas langsung dengan segala perbuatan dia. Lama-kelamaan pasti orang sekeliling akan perasan siapa salah dan siapa benar. so, Smiley be happy! okay?
Si Manipulatif
Isu: Kawan begini biasanya hanya menggunakan you all bagi kepentingan dirinya saja. Seolah-olah you all 'kuli' la. Pada mulanya mungkin dia benar-benar memerlukan pertolongan you all ke atas perkara yang sulit, tapi lama kelamaan perkara yang remeh-temeh seperti ambil kan pemadam yang jatuh tak sampai sejengkal dengan dia pun dia mengharapkan you all. Sedangkan dia boleh ambil nya sendiri..
Penyelesaian: Jangan terlalu rapat dengan dia! Sentiasa bersikap lebih tegas dan berani mengatakan tidak terhadap permintaan yang boleh dilakukan sendiri. Cukuplah sekadar membantu kalau permintaan tu masuk akal dan tidak mengganggu masa pribadi you all.
Si Talam Dua Muka
Isu: Golongan nie tersangat lah pandai berlakon bagaikan Queen Of Teater *hantam je la Queen of teater.. tak salah kan? Golongan ni akan mermuka-muka depan you all. Di depan you all dia akan menyokong dan setuju dengan pendapat you all, tapi bila dia bersama kenkawan lain. pasti dia akan membocorkan rahsia-rahsia and perkara-perkara buruk pasal you all.
Penyelesaian: Jangan pernah berkongsi cerita tentang hal-hal privacy you all dengannya. Elakkan juga hang out berdua dengannya. Kata-katanya juga tidak boleh dipercayai 100%. Kalau sikapnya dah keterlaluan, you all perlu berani bersuara dengan menegur dan mengugut akan membongkar pembohongannya selama nie.
Sakitnya hati punya kawan bgini kan? Harap-harap info yang Eyna kongsi nie berguna la untuk you all kan? Lepas baca tu,,.. komen-komen la sikit.. okay?
♥Suke x?? Like Or Komen Jewr..♥
No comments:
Post a Comment