Wednesday 19 December 2012

What Relationship Are You In?

Haa.. kat sini.. sapa ada tman tp mesra?? cer cita.. huhu..
macam lah ada yang baca pon kan?
kalau ada.. trimas banyak2 la ye!! coz sudi baca Entry Eyna yang tak seberapa nihh,..(-.-)
cup-cup!! da terkeluar tajuk tuuhh cek Eyna oiii..
Mula-mula tadi Eyna tanya apa eh??
oh ya!! Teman tapi mesra!! kalau ada.. cer komen seket.. okay??
Bila brteman tpi mesra nihh.. saling ada perasaan or tak?
You all yang punya teman mesra pasti ada jwapannya kan?
Bila dilihat dgan mata molek kita nihh.. hbungan tman tapi mesra ni sangat rpat mcam pasangan couple..
Betul ka?? You all sendiri la punya jawaban nyerr..
Tapi bila ditnya tuan empunya badan nihh.. You all selamba ja cakap..'Just friends'.


Ish, pelik juga ni..
Kalau you all terus berterusan macam ni.. tak rasa jiwa raga you all terseksa ka?
Terseksa macam mana pulak tu??
Haa... Kalau la antara you all and si dia ada memendam perasaan? Tak ke si dia terasa gelisah bila lihat you all bermesra dengan dengan orang lain?
Ataupun you all lebih selesa dengan hubungan tanpa status sebab nak elakkan komitmen?
Jom kaji balik..
Kekasih Gelapku....
Sebelum you all memutuskan untuk bertahan dengan hubungan tanpa status nie, ambil kira dulu kelebihan dan kekurangannya.
WHAT YOU GET

You all  takkan rasa dikongkong sebab si dia tiada hak ke atas kehidupan you all. Harus diingat, you all bebas mahu keluar dengan siapa dan ke mana-mana. Lagi satu, tak perlulah hari-hari nak bertanya khabar macam orang bercinta kan? 

Cuci mata? Tiada masalah. Si dia tiada hak untuk marah sebab you all bukan miliknya. So, nak SMS atau BBM ssiap pun terpulanglah pda diri you all.

Kadang-kadang bila bercinta, dunia you all akan jadi sempit. Ke mana pun harus dengan si dia, nak buat apa pun mesti beritahu si dia. Tapi kalau tak ada sebarang status, lapang sikit. Agak-agak rasa nak keluar, keluarlah. Kalau rasa nak berehat, tagguhkan dulu.

WHAT YOU LOSE

Bukan setiap masa si dia akan ada untuk you all, sebab dia bukan boyfriend you all tau?! Nak bergayut di telefon pun tak boleh. Kalau si dia tak nak hang out dengan you all, you all tak boleh marah. Hurmm, sabar je la. 
Perasaan cemburu diharamkan sama sekali! yelah, kan you all yang pilih tak nak berikan apa- apa komitmen. Segala perasaan cemburu tu terpaksalah disimpan dalam hati saja. 

Katakanlah satu hari nanti perasaan you all bertukar dan timbul rasa cinta, boleh tak you all terus bertahan? Kalau dua-dua rasa benda yang sama , tak apa. Tapi kalau you all seorang saja? Naya tu..




Disini Eyna nak sertakan sekali dengan penyelesaian masalah ini.. So,.. Terus kan membaca.. Okay??


Sudah sampai masanya...

Memang benar ada orang yang lebih selesa dengan hubungan tanpa status. Tapi tak dinafikan ada juga di antara they all yang masih mencari kepastian. Yelah, mungkin they all merasakan sperti digantung tak bertali. Hurmm, dah sampai masanya untuk you all bertindak. 


Berterus-terang

Sedang you all mencari kepastian, si dia mungkin takut dengan komitmen. Daripada terus memendam perasaan begini, lebih baik you all berterus-terang sebelum terlambat.
Cuba berbicara dari hati ke hati dan elakkan menggunakan emosi sebagai medium taw? Paling penting, jangan sampai menagih simpati dan meminta-minta. You all kan kuat!


Rehatkan fikiran

Bila dah luahkan perasaan dan tahu isi hati masing-masing, hubungan pasti berubah. Inilah masanya untuk merehatkan fikiran dan menjarakkan diri sementara waktu. Si dia pun pasti perlukan waktu untuk membuat keputusan.

Tentukan masa

Sekarang terpulang pada you all untuk menetapkan masa menunggu keputusan. Contohnya sebulan. Lihat kalau-kalau dalam masa tersebut si dia akan berubah sikap dan membuat keputusan. Tapi jangan beritahu kepada dia pula ya. Nanti dia rasa you all macam mengungut pulak.. ^_^

Time to move on, gurlz! 

Genap sebulan dia masih tidak memberi apa-apa jawapan. You all pula masih menunggu penuh harapan. Stop it, gurlz! Memang sukar menerima kenyataan, tapi itulahbyang sebaiknya sekarang. 
Let him go and go on with your life. Si dia ternyata tidak berubah walaupun you all sudah berikan masa yang sepatutnya. 
Bukan dia seorang saja boyz di dunia nie. Hati you all lebih layak dimiliki oleh boyz yang lebih gentleman dan penyanyang. 




Moga apa yang Eyna kngsi dapat membantu and you all terhibur membaca entry Eyna nihh... Cer komen sikit.. Okay ?


♥Suke x?? Like Or Komen Jewr..♥

Monday 17 December 2012

6 Jenis Sahabat Yang Perlu Dijauhi!!

Hallo suma..!!
Hari ni Eyna tak poz apa-apa lagi ka??
Never mind lahh-.-
Kali ni Eyna nak kongsi jenis-jenis kawan yg tak buleh diharap!!
"Life is like a box of chocolates. You'll never know what you gonna get."
Haaa... Mcam tu jga lahh ngan kawan. They all akan datang dgan pelbagai rupa and karakter serta unik antara satu sama laen.. Kan kan??
Memang la smua orang tak sempurna,.. bgitu juga la dengan kawan-kawan you all.. And tak lupaa juga dengan Eyna seniri kan??
So, you all kena la tahu bgaimana nak hadapi golongan kawan yang menyakitkan hati nihh.. 
Amboih2,.. cek Eyna nihh.. Pnjang sungguh mukadimah dia ka??
Maaf la yew,.. Excited sangat..
By de way....
Semoga apa yg Eyna tulis ni dpat membantu you all hadapi mereka-mereka ini okeyhh??
Teruskan membaca kalau mahu,.. Eyna tak paksa tau!!
Enjoy its!! Read more,.. Learn more!!

Si Pengatur Hidup
Isu: Kawan seperti nie memang tak boleh lihat you all senang.. Apa yang you all makan, pakai dan ke mana you all pergi, semua dia mahu tahu. Kalau boleh, dia mahu you all ikut apa kemahuannya dan tak boleh lebih daripadanya..!

Penyelesaian: Kawan begini, egonya tinggi. Jadi tak ada gunanya you all berbalah dengannya, pasti dia mahu menang saja. Lebih baik tenang dan menolak dengan baik apa yang dimahukannya. Katakan you all ada prinsip sendiri dan tahu apa yang you all mahukan.

Profesor Serba Tahu
Isu: Ceritalah tentang apa saja, tentu dia juga tahu. Malahan mungkin lebih tahu daripada you all. Kalah bukanlah dirinya. Jenis ini juga selalunya sangat angkuh. Dia akan sentiasa cuba membuatkan you all nampak bodoh dengan berlagak bijak dan berpengalaman.

Penyelesaian: Sentiasa bersikap "dengar boleh, percaya jangan." Biarkan saja si luncai terjun dengan labunya. <---- cewahhh.. sempat lg berperibahasa* Bukannya you all tak tahu kata-katanya tak boleh pakai. Buat-buat setuju kemudian alihkan topik supaya nampak you all tak berminat dengan ceritanya. Lama-lama dia sendiri pasti sedar..
Si Pengeluh
Isu: Pekerjaannya hanya mengeluh sepanjang masa. Pasal kawan, cuaca, makanan, bau, malahan sambungan internet dan line telefon. Mula-mula tu mungkin rasa simpati juga, tapi bila dah berulang-ulang, sakit juga hati. Lama-lama you all sendiri yang penat nak melayan keluhannya yang tak henti-henti tu.

Penyelesaian: Jenis begini memang dahagakan perhatian. Makin dilayan makin menjadi. Jadi kalau boleh, jangan mulakan perbualan dengannya dan jangan mudah simpati dengannya. Jika perlu, you all perlu bersikap tegas dan katakan keluhannya tu berlebihan.
Si Busuk Hati
Isu: Di matanya, dia hanya mahu melihat you all jatuh tersungkur dan dibenci semua orang. Sebab itulah dia sering menyebar fitnah ke atas you all, bercakap kasar, menjadi batu api antara you all dan kengkawan lain dan menyebarkan foto-foto yang memalukan you all di laman sosial!

Penyelesaian: Orang macam ni memang kuat cemburu dan tidak boleh orang lain lebih daripadanya! Sebab itulah dia sanggup melakukan apa-apa saja bagi menjatuhkan orang lain meskipun sahabatnya sendiri dan meletakkan dirinya dia atas. Jangan balas dendam pada orang macam ni. Ataupun you all sama saja dengan golongan nie! You all harus bersikap cool dan tunjukkan bahawa you all tidak terjejas langsung dengan segala perbuatan dia. Lama-kelamaan pasti orang sekeliling akan perasan siapa salah dan siapa benar. so, Smiley be happy! okay?

Si Manipulatif
Isu: Kawan begini biasanya hanya menggunakan you all bagi kepentingan dirinya saja. Seolah-olah you all 'kuli' la. Pada mulanya mungkin dia benar-benar memerlukan pertolongan you all ke atas perkara yang sulit, tapi lama kelamaan perkara yang remeh-temeh seperti ambil kan pemadam yang jatuh tak sampai sejengkal dengan dia pun dia mengharapkan you all. Sedangkan dia boleh ambil nya sendiri..

Penyelesaian: Jangan terlalu rapat dengan dia! Sentiasa bersikap lebih tegas dan berani mengatakan tidak terhadap permintaan yang boleh dilakukan sendiri. Cukuplah sekadar membantu kalau permintaan tu masuk akal dan tidak mengganggu masa pribadi you all.

Si Talam Dua Muka 
Isu: Golongan nie tersangat lah pandai berlakon bagaikan Queen Of Teater *hantam je la Queen of teater.. tak salah kan? Golongan ni akan mermuka-muka depan you all. Di depan you all dia akan menyokong dan setuju dengan pendapat you all, tapi bila dia bersama kenkawan lain. pasti dia akan membocorkan rahsia-rahsia and perkara-perkara buruk pasal you all.

Penyelesaian: Jangan pernah berkongsi cerita tentang hal-hal privacy you all dengannya. Elakkan juga hang out berdua dengannya. Kata-katanya juga tidak boleh dipercayai 100%. Kalau sikapnya dah keterlaluan, you all perlu berani bersuara dengan menegur dan mengugut akan membongkar pembohongannya selama nie.



Sakitnya hati punya kawan bgini kan? Harap-harap info yang Eyna kongsi nie berguna la untuk you all kan? Lepas baca tu,,.. komen-komen la sikit.. okay?

♥Suke x?? Like Or Komen Jewr..♥

Wednesday 12 December 2012

4 Bahaya Makan Berlebihan!!

Heloo semua,.. kali ni Eyna nak post pasal bahaynya makan berlebihan..,  semua orang suka makan.. Betol tak? Tipu la kalau tak suka kan? Tambah lagi pada hari raya,.. kenduri,.. dan jamuan.. Hah,.. Kali ni Eyna nak beritahu 4 bahaya makan banyak.. Teruskan membaca!! Ok?


1Gangguan pencernaan
Makan secara berlebihan di dalam Islam jelas dilarang malah Nabi juga telah berpesan bahawa perut sebaiknya terdiri daripada bahagian iaitu 1/3 bahagian makanan,..1/3 untuk air dan selebihnya 1/3 untuk udara.. Jika jumlah makanan terlalu banyak di dalam perut sehingga melebihi kapasiti yang mampu diproses oleh sistem pencernaan, maka makanan tidak dapat dicerna dengan sempurna. Makanan yang tidak dapat dicerna dengan sempurna kemudiannya akan masuk ke bahagian usus dan menyebabkan fermentasi, salah cerna dan menimbulkan gas. Akibat makan berlebihan juga boleh menimbulkan gejala sakit perut dan sebu.

2Tubuh mengahasilkan radikal bebas
Oksigen yang dihidu oleh sel tubuh secara tetap menjadi sebatian yang sangat reaktif, dikenali sebagai sebatian reaktif oksigen, iaitu satu bentuk radikal bebas. Aktiviti makan merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan oksigen. Makan berlebihan memerlukan oksigen yang banyak dan akibatnya penghasilan radikal bebas jga banyak. Penghasilan radikal bebas berlebihan akan menyebabkan berlakunya stres oksidatif yang boleh membawa kerosakan pada sel. Pelbagai penyakit yang diuji dilihat berkaitan dengan aktiviti radikal bebas seperti penuaan awal, strok, asma, diabetes mellitus, pelbagai penyakit radang usus, penyumbatan kronik pembuluh darah di jantung, Parkinson dan juga kanser.

3Kenaikan kadar gula darah
Sering kita mndengar istilah Indeks Glikemik (IG), iaitu suatu istilah yang berkait rapat dengan metabolisme karbohidrat. IG makanan merupakan indeks/ kadar makanan menurut kesannya dalam meningkatkan kadar gula darah. Makanan yang mengandungi IG yang tinggi boleh meningkatkan kadar gula darah dengan cepat dan tinggi, sebaliknya makanan dengan IG yang rendah melambatkan peningkatan gula darah dan puncak kadar gulanya juga rendah. Makanan seperti karbohidrat juga tinggi kandungan IG. Antara lain, gula pasir, sirap dan sebagainya juga tinggi kandungan IG. Ketika kadar gula darah melambung, secara automatik tubuh akan segera menghasilkan hormon insulin dengan banyak untuk menurunkan kadar gula darah. Kebiasaan makan berlebihan akan memberi kesan kenaikan gula darah tersebut dan seterusnya mendrong tubuh menyimpannya sebagai lemak berbanding menggunakannya. Tubuh akan mempunyai komposisi lemak yang banyak berbanding protein dan keadaan tersebut akan menyebabkan tubuh sukar membawa molekul glukosa ke dalam sel. Keadaan ini akn menyebabkan penyakit kencing manis.

4Menurunkan kesegaran tubuh
Makan berlebihan mengakibatkan saluran pencernaan terpaksa bekerja keras sehingga tubuh menjadi lemah dan malas. Selain itu, kenaikan gula darah yang mendadak akan mengakibatkan penghasilan insulin berlebihan sehingga memicu asid amino masuk ke dalam otak dan akibatnya kita menjadi mengantuk. Jadi, tidak hairan lah bila kita kenyang kita akan berasa mengantuk kan?

ok.. tamat sudahh entry kli nih.. maaf la Eyna mungkin tak dapat puaskan hati pembaca.. Lepas ni Eyna bt yg terbaik.. ok? Tata titi tutu!!






♥Suke x?? Like Or Komen Jewr..♥

Sunday 2 December 2012

Sumber makanan untuk rambut yang sihat!!




Hello.. Hem2.. Lama  tak post kan? xpa2.. Kali ni Eyna nak kongsi sal sumber makanan untuk pengjagaan rambut.. rambut kan mahkota kita smua.. msti kna jga leklok an?? Stiap sel rambut kta yg tmbuh brgantung pda nutrisi yang kita mkan. Jika mkanan yg kta amal tdak ckup ntrisi,.. Maka sel-sel rmbut pn akn rosak,.. Justeru,.. plihla mkanan yg ssuai..Truskan mmbca klau mhu thu apakh smber mkanan itu!!,..

Salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung di dalam ikan salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala,.. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering..

Sayur-sayuran hijau
syur-syuran hjau spt bayam,brokoli,lobak, adalah sumber terbaik dari vitamin A, C, dan zat besi dan kalsium, yang diperlukan untuk mengeluarkan sebum. Sebelum merupakan minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut yang merupakan pelembap rambut semula jadi.

Kacang buncis
Buncis tidak hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut, tetapi juga mengandungi banyak zat besi, zink, dan biotin. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

Tiram
Memiliki reputasi sebagai zat afrosidiak, makanan ini juga terkenal sebagai zat cinta. Namun tidak hanya itu, tiram juga mengandungi sumber zink yang merupakan antioksidan yang hebat.

Produk susu rendah lemak
Produk susu rendah lemak seperti susu atau yogurt misalnya, merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

Lobak
Merupakan sumber yang hebat akan vitamin A, yang baik tidak hanya untuk penglihatan, tetapi juga dapat membuat kulit kepala sihat.

♥Suke x?? Like Or Komen Jewr..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart