1Gangguan pencernaan
Makan secara berlebihan di dalam Islam jelas dilarang malah Nabi juga telah berpesan bahawa perut sebaiknya terdiri daripada bahagian iaitu 1/3 bahagian makanan,..1/3 untuk air dan selebihnya 1/3 untuk udara.. Jika jumlah makanan terlalu banyak di dalam perut sehingga melebihi kapasiti yang mampu diproses oleh sistem pencernaan, maka makanan tidak dapat dicerna dengan sempurna. Makanan yang tidak dapat dicerna dengan sempurna kemudiannya akan masuk ke bahagian usus dan menyebabkan fermentasi, salah cerna dan menimbulkan gas. Akibat makan berlebihan juga boleh menimbulkan gejala sakit perut dan sebu.
2Tubuh mengahasilkan radikal bebas
Oksigen yang dihidu oleh sel tubuh secara tetap menjadi sebatian yang sangat reaktif, dikenali sebagai sebatian reaktif oksigen, iaitu satu bentuk radikal bebas. Aktiviti makan merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan oksigen. Makan berlebihan memerlukan oksigen yang banyak dan akibatnya penghasilan radikal bebas jga banyak. Penghasilan radikal bebas berlebihan akan menyebabkan berlakunya stres oksidatif yang boleh membawa kerosakan pada sel. Pelbagai penyakit yang diuji dilihat berkaitan dengan aktiviti radikal bebas seperti penuaan awal, strok, asma, diabetes mellitus, pelbagai penyakit radang usus, penyumbatan kronik pembuluh darah di jantung, Parkinson dan juga kanser.
3Kenaikan kadar gula darah
Sering kita mndengar istilah Indeks Glikemik (IG), iaitu suatu istilah yang berkait rapat dengan metabolisme karbohidrat. IG makanan merupakan indeks/ kadar makanan menurut kesannya dalam meningkatkan kadar gula darah. Makanan yang mengandungi IG yang tinggi boleh meningkatkan kadar gula darah dengan cepat dan tinggi, sebaliknya makanan dengan IG yang rendah melambatkan peningkatan gula darah dan puncak kadar gulanya juga rendah. Makanan seperti karbohidrat juga tinggi kandungan IG. Antara lain, gula pasir, sirap dan sebagainya juga tinggi kandungan IG. Ketika kadar gula darah melambung, secara automatik tubuh akan segera menghasilkan hormon insulin dengan banyak untuk menurunkan kadar gula darah. Kebiasaan makan berlebihan akan memberi kesan kenaikan gula darah tersebut dan seterusnya mendrong tubuh menyimpannya sebagai lemak berbanding menggunakannya. Tubuh akan mempunyai komposisi lemak yang banyak berbanding protein dan keadaan tersebut akan menyebabkan tubuh sukar membawa molekul glukosa ke dalam sel. Keadaan ini akn menyebabkan penyakit kencing manis.
4Menurunkan kesegaran tubuh
Makan berlebihan mengakibatkan saluran pencernaan terpaksa bekerja keras sehingga tubuh menjadi lemah dan malas. Selain itu, kenaikan gula darah yang mendadak akan mengakibatkan penghasilan insulin berlebihan sehingga memicu asid amino masuk ke dalam otak dan akibatnya kita menjadi mengantuk. Jadi, tidak hairan lah bila kita kenyang kita akan berasa mengantuk kan?
ok.. tamat sudahh entry kli nih.. maaf la Eyna mungkin tak dapat puaskan hati pembaca.. Lepas ni Eyna bt yg terbaik.. ok? Tata titi tutu!!
No comments:
Post a Comment